terimalah sayang cintaku seadanya... AMIN

Saturday 18 June 2011 by Siti Aishah (ecah) 0 comments


Bukan pura-pura
Cintaku kepadamu
Sejujur perasaan yang datang
Dari dalam jiwa

Hanya engkau saja
Merajai hati
Mengisi kekosongan
Kekeringan jiwa ku yang tandus
Sekian lama

** :
Pergilah saat duka lara
Lupakan masa derita
Hadirmu merubah segala
Dunia bagaikan syurga

Luka di hatiku engkaulah pengubatnya
Cintamu yang syahdu satu dalam berjuta
Terimalah sayang cintaku seadanya
Jangan kesalkan aku pernah terluka
Hanya pada tuhan ku serahkan segalanya
Tiap perancangan suka duka manusia ditentukannya

by Siti Aishah (ecah) 0 comments


lirik lagu nie membawa 1001 maksud yang mendalam bagi eca.. yela.. " dulu sayang kini benci" ..
msti anda semua faham maksud tersebut..... kalau mahu di ingatkan balik... sakit teramat sangat.. sangat2 sakit..
di dunia nie semua di uji.. tak kira berat atau kecil... eca selalu diuji berat2.. kadang2 dah give up ngn hidup nie...
bayangkanlah... tiap kali tidur.. menangis.. menangis.... sampai bila mahu berakhir... allah yang tertentukan semua nya... kita sebagai manusia kene redha qada' dan qadar .. kene pecaya apa yang terjadi.. ada hikmahnya tersendiri... eca percaya.. dan percaya.... 
ya allah.. kuatkan lah hatiku....

Jika aku terpaksa sehidup memendam rasa
Tentu engkau pun tahu sebabnya hatiku terluka
Cubalah kau fikirkan kesilapan dirimu
Tanpa belas kasihan menyiksa di batinku

Dulu aku kau sayang
Kau menyintai ku sepenuh hatimu
Dan berjanji takkan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan kau melayan ku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu....

Hanya kerana engkau ada yang lain
Tergamak engkau mudah berpaling
Sengaja engkau mencari sebab supaya kita berpisah

Dalam terdesak keluh kesah bertakhta
Akhirnya kita terpisah jua
Agar mudah engkau bersamanya
Setelah ku tiada

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini kekasih ku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat

Aku kau sayang kau menyintaiku sepenuh hatimu
Dan berjanji tak kan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan kau melayan ku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu....

Biarku membawa diri
Kemana saja menurut hati
Susah payah aku sendiri
Airmata jadi saksi

Hanya pada Tuhan tempat ku mengadu
Semoga terubat hatiku
Bukan mudah untukku lenyapkan
Oh.. derita ini.....

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini kekasih ku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat

hImpunan DOA..

by Siti Aishah (ecah) 0 comments




DOA supaya tidak berputus asa
"Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku." (Surah Maryam ayat 4). 

DOA mohon dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan."Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku." (Surah Thaha ayat 25-26). 

DOA mohon dilancarkan lisan dalam berbicara"Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku."

DOA mohon keampunan untuk diri, ibu bapa dan orang-orang beriman pada hari kiamat"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang Mukmin pada hari terjadinya hari hisab (hari kiamat)." (Surah Ibrahim ayat 41).

DOA mohon kasih sayang untuk kedua ibu bapa."Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Surah al-Isra' ayat 24).

DOA mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan."(Ingatlah) tatkala pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagin kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (Surah al-Kahfi ayat 10).

DOA mohon agar diri dan keturunan dijadikan orang yang tetap mendirikan solat."Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
(Surah Ibrahim ayat 40).

DOA mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatu yang tidak diketahui hakikatnya."Nuh berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi." (Surah Hud ayat 47).

DOA mohon dihindarkan daripada fitnah dan diselamatkan daripada tipu daya orang kafir."Kepada Allahlah kami bertawakal! Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau daripada (tipu daya) orang-orang kafir." (Surah Yunus ayat 85-86).

DOA mohon diberi keputusan yang baik"Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya." (Surah al-A'raaf ayat 89).

10 Petanda Dia Jodoh Kita

by Siti Aishah (ecah) 0 comments
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera ANDA..


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Jodoh Ketentuan Allah

by Siti Aishah (ecah) 0 comments
Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua.... 

Disertakan Doa Pendekat Jodoh...amalkan di atas sejadah cinta....mohonlah pada Pencipta Maha Suci Cinta...Mudahan kamu bertemu jodoh yang baik...insyaAllah.. AMIN.......

Apakah Matlamat Hidup Anda?

by Siti Aishah (ecah) 0 comments


Astaghfirullah...

kadang-kadang kita terlalu sibuk...

sibuk belajar
sibuk bekerja
sibuk berhibur
sibuk bergaul
sibuk berpolitik
sibuk bermacam2

sehingga pada suatu ketika, kita lupa ape MATLAMAT kita..

Lupa MATLAMAT sepanjang hayat kita yang bergelar MUSLIM..

ALLAH...

Betul, ALLAH adalah MATLAMAT hidup kita..

mendambakan kasih sayangNYA
meraihkan keampunanNYA
menjauhi kemurkaanNYA
mengharap syurgaNYA
keberkatanNYA
rahmatNYA...


إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam . 

Ya ALLAH,
Bantulah kami untuk ingat padaMU
Bantulah kami untuk syukur padaMU
Bantulah kami untuk beribadat dengan baik padaMu..


Wallahu'alam..